Berpindah Ke Blogspot

February 7, 2009

Salam semua,

tak pasti kalau blog ni ada pembaca, tapi jika ada.. telah bersambung di

http://syahriladli.blogspot.com

antara reason.

1) Blog frenster ni dah terlalu slow. Lembab sgt.. sakit hati nak manage.

2) Ramai kawan2 complain sebab byk dpt email update bila aku update frenster ni. Sebenarnya korang leh disable benda ni kat setting tu.

3) Frenster ni byk sgt kekangan untuk html ngan javascript.

4) Aku nak tumpu kat facebook la pulak. frenster ni slow!

Tima kasih.


Politik De’ Perak

February 5, 2009

aku bukanlah manusia yg begitu arif dengan politik, sekadar ambil tahu sebagai tanggung jawab sebagai rakyat. Cerita panas hari ini tentang BN mengambil alih semula Perak. Walau apapun yg berlaku, kalau kehendak Sultan Perak ingin BN ambil alih, janganlah kita mempertikaikannya. Walaupun harapan untuk melihat DUN Perak dibubarkan dan pilihanraya diadakan semula. Kalau BN dah 28, Pakatan Rakyat pun 28.. sampai bila2 pun tak selesai.. kalau bulan depan yg bebas tu kata nak sokong pakatan rakyat pulak mcm mana? tukar lagi kerajaan? baik la buat pemilihan.. yg nak bertanding tu biar ada parti.. biar jelas sokong yg mana. Yang paling sakit hati bila adun bota tu masuk PKR 10 hari ja.. apa ke jadahnya dia buat camtu.. mmg takde maruah la org camni.. sehina-hina ahli politik.. org camnilah.. bagi aku.. aku sokong yg mana yg benar.. nama kata politik ada yg betul.. ada yg salah.. kepada penyokong2 pakatan rakyat.. byk kan bersabar, ini bukan pengakhiran segala-galanya. Kepada penyokong BN, selamat bergembira.

Diam Adalah Pintar!


Miniey @ Memey

January 31, 2009

Ini Miniey.. kucing keluarga wife aku.. tapi aku lebih suka memanggilnya MeMey.. yg peliknya dia tido.. kaki dua depan tu ke atas.. dan sememangnya dia adalah kucing yg agak blur dan tak tentu arah.


Balik Kg @ CNY

January 27, 2009

4 Hari 3 Mlm di Jitra sempena dengan Tahun Baru Cina, yg paling letih untuk menempuhi sesak yg teramat sgt kat Highway.. dah la mata bengkak pastu sakit pinggang lak… balik jugak kg sebab bila lagi nak balik? Cuti panjang sikit mcm ni la nak balik pun.. aktiviti pegi Yan satu hari.. pastu pi pekan rabu beli seketui tudung eikin… pastu makan ngan tidoq… next balik kg will be next Aidilfiri.. lambat lagi.. nasib baik la ada kampung.. leh la sesekali mencari ketenangan.. dari dok kat usj ni nak keluaq rumah pun meluat tgk org2 yg IQ rendah ngan takdak kesedaran sivik.


Testing De’ Streamyx

January 18, 2009

saje nak share tentang streamyx.. seperti mana yg kita ketahui streamyx telah menghadkan rate untuk p2p download ( torrent ) menyebabkan kita terpaksa download just speed under 5k. Dia hadkan rate download dari luar malaysia tujuannya tak nak bagi sesak la kot.

my speed : 384k download / 128k upload ( sepatutnya )

melalui test.. cuba lihat resultnya.. terlebih tu untuk test dari server KL. Sapa kata streamyx tak mencapai kelajuannya? maybe untuk yg langgan pakej 512k atau 1MB x tau la kan..

tapi kalau test ke server US ( Denver) , punya la slow.. sebab tu download torrent slow sebab kita banyak ambil dari user luar malaysia.

tapi.. ada cara untuk membantu anda… gunakan VPN.. cuba lihat result di bawah setelah vpn digunakan.. test dari malaysia jadi slow sikit.. tapi US punya mendadak giler naik. Cari je kat internet.. ada yg free ada yg kena bayar servis vpn ni. Kalau download torrent tu boleh la cecah 40K, kalau i la..

kalau anda tak faham.. tak kisah.. tak penting pun..

Hanya mereka2 yg mendownload saja yg mengerti..


Jam Tangan De’ Siti

January 12, 2009

Di saat ekonomi gawat ni.. datuk K de’ misai belikan siti nurhaliza jam tangan bernilai 250K!? Banyaknya duit mereka-mereka ini… kalau kita la 250K baikla beli rumah ke.. kereta ke.. ini beli jam.. mmg la ikut suka dia nak beli apa pun.. tapi kalau pakai jam bawah 50K pun kira mewah dah… lagi 200K tu derma kan untuk bantuan rakyat palestin.. kan lebih afdal.

Yg kaya bertambah kaya.. Yg miskin bertambah miskin..

Kita? Bersyukur dengan apa yang ada.


Selamat Tinggal 2008

December 31, 2008

2008..

adalah tahun yg penuh dengan cabaran..

kekecewaan demi kekecewaan..

tapi kami masih bersyukur dengan harapan 2009/1430 H membawa lebih sinar.

Selamat Tinggal 2008!


Kurang Ajar De’ Jalan Raya

December 17, 2008

Perbuatan potong Q adalah satu amalan yg mementingkan diri sendiri dan amat kurang ajar. Jika org lain boleh bersabar menunggu giliran.. kenapa tidak anda? Pesanan ini dibawa khas kepada kereta hijau di atas. Bodoh betui…


Happy Birthday @ Bukit Merah

December 12, 2008

Memandangkan dah buntu, tak tau nak beli hadiah apa sempena birthday isteriku.. so sempena balik kg raya haji ni, saja la nak celebrate kat bukit merah. Kononnya berahsia la.. tapi tak tau la dia terkejut ke tak.. sebab dia tak tau pun kat mana nak dibawa pergi.. ini kira hadiah la ni.

Saja la tido satu malam kat sini, harga pun tak la cekik darah sangat. Tapi still kena ada bajet. Mana ada cuti free.. Kami stay kat suria apartment, weekend punya rate dlm RM 130. Tapi parking kat apartment ni jadi tempat penciritan burung2 di waktu malam. Abis kotoq kereta. Bilik just ok la.

Aktiviti :

Sunset Cruise… Eco Park.. ngan Pulau Orang Utan. Waterpark saja tak pegi sebab dulu dah pegi, lgpun xde mood nak mandi2. Tapi pengalaman yang menarik la especially leh kenal orang utan dengan lebih dekat lagi. Rupanya komuniti orang utan ni sebiji mcm manusia.

Harap ok la walaupun tak seberapa kan.. kepada isteriku.. semoga in good mood selalu.. Selamat Hari Lahir.


Cuti Cuti Malaysia @ PD Ver 2.0

November 24, 2008

22-23/11/08 : Ancasa All Suites Resort & Spa Port Dickson

Kalau last year main pegi je PD pastu tanya hotel mana yg kosong, kali ni memang plan awal lagi untuk pegi sana.  Sebab cuti sekolah dan time ini saja kami sekeluarga dapat bersama la selain hari raya.

Untuk kali ni kami tinggal di Ancasa All Suites Resort & Spa kat Teluk Kemang. 3 bedroom apartment sea view = RM 453. Share 3 keluarga. Sebab tu boleh duduk 1 malam sahaja. Kalau lebih bankrap la. Rekomen kepada semua yg ada keluarga besar tempat ni memang bagus. Dalam apartment tu lengkap dan bersih dan cantik.

Tapi.. pantai kat ancasa ni pantai public, so memang la tak berapa bersih. Tapi penuh gak orang camping kat sini. Tapi kalau tanya kat PD ni tak kisah la pantai mcm mana pun tiap2 weekend hotel semua full book.

Yang best dok tepi pantai ni tgk sunset. Sebab hari tu panas sangat 6.30 ptg baru turun pantai. So lepak sampai gelap la.

Ini salah satu bilik la, cara dia design bilik tu modern and simple. Apartment ini cukup besar untuk kami yg semuanya 8 dewasa, 1 kanak2 ngan 1 baby. Tapi katil ada untuk 6 org je la. Kenala bawak toto kalau lebih org tu. Kan best kalau ada rumah sebiji mcm ni.

Breakfast mcm biasa la kalau hotel kat mana pun, standard la nasi lemak, roti canai, sosej ngan kopi. Breakfast free untuk 6 org saja. Kalau lebih kena charge RM 18.00. Mahal gila!.

Kesimpulannya tempat yg best dan sesuai nak bersantai sekeluarga.